AGENSI

Covid-19: Polis giatkan rondaan di lokasi tumpuan ramai

11 Okt 2020, 5:35 AM
Covid-19: Polis giatkan rondaan di lokasi tumpuan ramai

SHAH ALAM, 11 OKT: Polis Selangor menggiatkan rondaan di beberapa lokasi tumpuan orang ramai, antaranya pusat beli-belah, stesen minyak dan restoran.

Pihak berkuasa itu dalam kenyataan di Facebook memaklumkan pemeriksaan bagi memastikan masyarakat mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) untuk membendung penularan Covid-19.

"Masyarakat diminta agar terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan seperti memakai pelitup muka, membersihkan tangan menggunakan sabun atau cecair pembasmi kuman dan mengamalkan penjarakan fizikal bagi menghentikan penularan rantaian wabak ini," tulisnya.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan polis menahan seramai 450 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Daripada jumlah itu, seramai 378 individu dikompaun, 66 orang direman manakala enam lagi dijamin.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619