PBT

Covid-19: Tiada Bazar Deepavali di Klang

10 Okt 2020, 4:16 AM
Covid-19: Tiada Bazar Deepavali di Klang

SHAH ALAM, 10 OKT: Majlis Perbandaran Klang (MPK) membatalkan penganjuran Bazar Deepavali di Lorong Tingkat tahun ini susulan peningkatan kes Covid-19 di daerah berkenaan.

Yang Dipertuanya Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata langkah tersebut bagi membendung penularan wabak di kawasan itu yang kini diisytihar zon merah.

"Pandemik Covid-19 melanda dunia termasuk Klang yang mengancam kelangsungan dan kesejahteraan hidup masyarakat. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah pembukaan tapak bazar perayaan Deepavali.

"Disebabkan kebelakangan ini kes di kawasan Klang semakin meningkat, MPK membuat keputusan untuk tidak menganjurkan bazar tersebut tahun ini," katanya dalam kenyataan.

Ketika ini, sebanyak 97 kes Covid-19 sedang dirawat di daerah berkenaan.

Bermula semalam sehingga 23 Oktober, sebanyak 36 kawasan perumahan di mukim Klang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619