ADN

Masyarakat diseru sumbang komputer riba, bantu mahasiswa belajar dalam talian

8 Okt 2020, 8:20 AM
Masyarakat diseru sumbang komputer riba, bantu mahasiswa belajar dalam talian

SHAH ALAM, 8 SEPT: Ahli Dewan Negeri Bukit Gasing menyeru orang ramai menyumbang komputer riba kepada mahasiswa bagi memudahkan pembelajaran secara dalam talian golongan itu ekoran penangguhan kuliah secara bersemuka.

Rajiv Rishyakaran berkata pihaknya dengan kerjasama badan bukan kerajaan StandUpMalaysia melancarkan program 'Laptop4siswa' bagi membantu pelajar mendapat akses pendidikan dengan sempurna ketika peningkatan kes Covid-19.

"Kelas ketika ini bermula secara dalam talian, ada antara mereka yang tidak mempunyai komputer riba, bahkan ada terpaksa berkongsi dengan adik beradik yang lain.

"Permulaan ini kita mengharapkan sumbangan komputer riba daripada orang ramai untuk membantu mereka, komputer riba terpakai pun kita terima," katanya memetik laporan MalaysiaKini.

Wakil StandUpMalaysia, Rheanne Wong Li An pula berkata setakat ini, pihaknya menerima lebih 50 permohonan dan menyeru mereka yang ingin menyumbang menghubungi Pejabat Khidmat Masyarakat Bukit Gasing di talian 03-79547490/help@bukitgasing.my atau StandUpMalaysia 014-6691320/standup.genderviolence@gmail.com.

Pada 2 Oktober, Kementerian Pengajian Tinggi mencadangkan semua institusi pengajian menangguhkan pendaftaran secara fizikal atau bersemuka bagi penuntut baharu dan lama untuk kemasukan ke kampus bulan ini susulan peningkatan kes pandemik.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619