ADN

Laluan pejalan kaki, rekreasi denai Sungai Penchala dibuka Februari

25 Jan 2023, 4:38 AM
Laluan pejalan kaki, rekreasi denai Sungai Penchala dibuka Februari

SHAH ALAM, 25 JAN: Laluan pejalan kaki dan rekreasi denai Sungai Penchala di Seksyen 14 Petaling Jaya bakal dibuka kepada orang ramai pada Februari ini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Gasing berkata laluan sepanjang 700 meter di tepi Sungai Penchala itu mesra pejalan kaki dan penunggang basikal.

"Kerja-kerja naik taraf di laluan berkenaan kini di peringkat akhir dan kita jangka minggu depan iaitu Februari orang ramai boleh guna laluan ini.

"Paling penting laluan ini menghubungkan Seksyen 19 dan kawasan komersialnya ke Stesen LRT Asia Jaya," kata R Rajiv ketika dihubungi.

Menurut beliau denai sepanjang 700 meter itu bermula di Dataran Milenium, Seksyen 14 dan berakhir di hadapan bangunan Toyota Seksyen 19, Petaling Jaya.

"Diharap dengan adanya laluan ini ia dapat memberi pilihan kepada masyarakat sekitar untuk beriadah di sepanjang laluan sungai," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619