AGENDA

MB: Saringan bersasar kawasan zon merah diteruskan

8 Okt 2020, 6:35 AM
MB: Saringan bersasar kawasan zon merah diteruskan

SHAH ALAM, 8 OKT: Saringan bersasar Covid-19 di kawasan zon merah diteruskan, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata ia sebagai langkah mengawal penularan wabak berkenaan.

"Kerajaan Negeri akan terus mengadakan saringan bersasar ke kawasan merah sebagai langkah lanjutan bagi mengawal perebakan wabak ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Amirudin berkata Kerajaan Negeri bekerjasama dengan semua agensi berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Klang.

"Untuk penyelarasan dan keseragaman informasi, Majlis Keselamatan Negara (MKN) di bawah Kerajaan Persekutuan akan mengumumkan perincian pelaksanaan PKPB Klang," katanya.

Terdahulu beliau menyampaikan beberapa cadangan pengubahsuaian pelaksanaan PKPB di Klang dalam sidang khas MKN bersama perdana menteri secara maya jam 11 pagi tadi.

Cadangan itu dibuat berdasarkan maklum balas pelbagai agensi dan jabatan melalui mesyuarat penyelarasan yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya.

Selangor menawarkan khidmat saringan percuma kepada individu baru pulang dari Sabah mulai 4 Oktober lalu.

Setakat semalam, 337 pemastautin Selangor yang ada sejarah perjalanan ke Sabah antara 20 hingga 26 September menjalani pemeriksaan percuma di Klinik Selcare. Satu kes positif dikesan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619