AGENSI

Jais hanya tangguh aktiviti masjid di Salak Tinggi

7 Okt 2020, 9:04 AM
Jais hanya tangguh aktiviti masjid di Salak Tinggi

SHAH ALAM, 7 OKT: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hanya menangguhkan aktiviti sebuah masjid di Sepang kerana pernah menerima kunjungan menteri hal ehwal agama yang disahkan positif Covid-19.

Pengarahnya Mohd Shahzihan Ahmad berkata masjid dan surau lain di negeri ini dibuka seperti biasa manakala aktiviti di Masjid Jamek Sultan Hisamuddin Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang ditangguhkan untuk proses sanitasi.

"Kita tangguh aktiviti di masjid ini sehingga satu tarikh dimaklumkan kemudian. Jais sentiasa berhubung dengan pihak kesihatan daerah untuk perkembangan terkini bagi mengelak masjid dan surau jadi tempat penyebaran wabak," katanya kepada SelangorKini hari ini.

Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri hadir menyampaikan kuliah di Masjid Jamek Sultan Hisamuddin pada 3 Oktober.

Berikutan itu pengurusan masjid meminta jemaah yang hadir menjalani saringan Covid-19.

Zulkifli turut menghadiri beberapa program di Selangor antaranya di Darul Quran di Kuala Kubu Baru pada 3 Oktober dan kolej kediaman Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam pada 4 Oktober 2020.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619