AGENDA

Klang dikenakan PKP Bersyarat mulai Jumaat

7 Okt 2020, 8:45 AM
Klang dikenakan PKP Bersyarat mulai Jumaat

SHAH ALAM, 7 OKT: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat dikuatkuasakan di daerah Klang mulai jam 12.01 pagi pada Jumaat ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tindakan itu susulan daerah Klang mempunyai lebih 40 kes positif Covid-19.

Selain Klang beberapa kawasan turut dikenakan PKP Bersyarat iaitu Sandakan, Papar dan Tuaran, Sabah.

"Pelaksanaan PKPB ini bagi membendung jangkitan dan penularan Covid-19 dalam daerah tersebut serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari.

"Pergerakan keluar masuk di ke empat kawasan PKPB ini adalah tidak dibenarkan," katanya dalam sidang media hari ini.

Klang bertukar kepada zon merah semalam apabila mencatatkan 77 pesakit aktif yang sedang dirawat.

Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) berkata pertambahan itu menjadikan taburan kes aktif di seluruh Selangor setakat semalam sebanyak 232 kes.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619