AGENSI

Unisel tingkat kawalan di pintu masuk kampus Shah Alam, Bestari Jaya

6 Okt 2020, 2:52 AM
Unisel tingkat kawalan di pintu masuk kampus Shah Alam, Bestari Jaya

SHAH ALAM, 6 OKT: Universiti Selangor (Unisel) terus memperketatkan kawalan di kesemua pintu masuk di kampus Shah Alam dan Bestari Jaya susulan peningkatan kes Covid-19 mutakhir ini.

Presiden dan naib canselornya berkata arahan dikeluarkan atas dasar keprihatinan pengurusan universiti supaya warganya terus mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) demi keselamatan, kesihatan, kesejahteraan serta kebajikan bersama.

"Unisel akan sentiasa memantau situasi ini dari masa ke semasa dan akan menyalurkan maklumat terkini kepada semua staf serta pelajar.

"Mereka diingatkan sentiasa mematuhi SOP Kementerian Kesihatan Malaysia. Bersama-sama kita bersatu-padu mengekang penularan wabak ini," kata Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan Othman dalam kenyataan semalam.

Beliau menjelaskan kakitangan dan pelajar tidak digalakkan untuk keluar merentas negeri terutamanya ke kawasan berisiko tinggi serta menangguhkan aktiviti secara berkumpulan berkuat kuasa serta-merta.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619