AGENDA

Pasaran getah dijangka tutup lebih tinggi minggu depan

4 Okt 2020, 1:32 AM
Pasaran getah dijangka tutup lebih tinggi minggu depan

KUALA LUMPUR, 4 OKT: Industri automotif yang semakin kukuh di China akan terus mendorong permintaan kenderaan komersial dan juga permintaan getah minggu depan walaupun jumlah kes Covid-19 tinggi di seluruh dunia.

Presiden Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA), Denis Low berkata pasaran dijangka diniagakan dalam jajaran kecil dengan permintaan dan harga pada aliran menaik.

"Alasan asas untuk kenaikan ini adalah orang ramai, perniagaan dan industri bergerak serentak dan pada masa yang sama gelombang kedua pandemik Covid-19 bakal berlaku," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata lateks pukal akan menjadi pertaruhan yang lebih baik untuk harga dan permintaan untuk naik kerana sarung tangan getah perubatan akan mendapat permintaan besar di seluruh dunia kerana peningkatan kes Covid-19 di peringkat global.

Setakat hari Jumaat, kes Covid-19 di seluruh dunia berjumlah 34.2 juta dengan merekodkan lebih daripada satu juta kematian. Malaysia mencatatkan sebanyak 287 kes, jumlah tertinggi sejak merebaknya pandemik tersebut.

"Minggu lepas, harga SMR 20 turun sedikit kepada RM585.5 sen sekilogram, sementara lateks pukal berharga RM495.0 sen sekilogram," kata Low.

Dari Jumaat ke Jumaat, SMR 20 ditutup 19 sen lebih tinggi pada 576.0 sen sekilogram, sementara lateks pukal ditutup 8.5 sen kepada 497.5 sen sekilogram.

Pada 5 petang, harga rujukan MRB bagi SMR 20 merosot 15 sen kepada 557.50 sen sekilogram, manakala lateks pukal berkurangan satu sen kepada 495.5 sen sekilogram.

-BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619