AGENDA

Pasaran getah dijangka didagang jajaran kecil minggu depan

27 Dis 2020, 5:15 AM
Pasaran getah dijangka didagang jajaran kecil minggu depan

KUALA LUMPUR, 27 DIS: Pasaran getah Malaysia dijangka mengalami dagangan dalam jajaran kecil minggu depan peniaga akan bercuti dan perniagaan ditutup untuk cuti Krismas.

Mantan Presiden Pertubuhan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) Dennis Low berkata beliau yakin terdapat juga kecenderungan meningkat pada harga kerana musim hujan di kawasan pengeluar getah.

"Lateks pukal akan menjadi stabil kerana pengeluar sarung tangan terpaksa menjual lebih banyak sarung tangan getah asli kerana kekurangan getah sintetik," katanya kepada Bernama.

Ia akan memberi petanda baik untuk pengeluar lateks pukal, katanya.

Berasaskan Jumaat ke Jumaat, harga SMR 20 susut 26 sen kepada 609.50 sen sekilogram manakala susu getah pukal turun 8.5 sen kepada 574.50 sen sekilogram.

Pada pukul 5 petang pada Khamis lepas, harga rujukan bagi getah fizikal Lembaga Getah Malaysia untuk SMR 20 adalah pada 604.50 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 574.50 sen sekilogram.

Pasaran ditutup pada Jumaat untuk cuti Krismas dan akan dibuka semula pada 28 Disember.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619