AGENDA

Anwar: Jangan bebankan petugas barisan hadapan dengan sikap alpa

3 Okt 2020, 3:15 PM
Anwar: Jangan bebankan petugas barisan hadapan dengan sikap alpa

SHAH ALAM, 3 OKT: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak jangan bebankan petugas barisan depan yang bekerja keras untuk memutuskan rantaian Covid-19 dengan sikap alpa dan tidak bertanggungjawab.

Ketua pembangkang berkata setiap individu perlu mengekalkan disiplin serta patuh tatacara operasi piawai (SOP) dengan memakai pelitup muka, mencuci tangan dan mengamalkan penjarakan fizikal.

"Saya amat mengalu-alukan kenyataan oleh Akademi Perubatan Malaysia (AMM) yang mengingatkan kita semua akan tanggungjawab bersama dalam memutus rantaian penyebaran wabak.

"Petugas barisan depan telah bekerja tanpa lelah sejak awal tahun ini dalam melindungi kita semua dan membendung penguncupan ekonomi," kata Ahli Parlimen Port Dickson menerusi kenyataan hari ini.

Beliau turut menggesa pihak berwajib memastikan pelaksanaan dan penguatkuasaan ketat pematuhan SOP dilakukan tanpa pengecualian atau diskriminasi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619