AGENSI

Aplikasi CEPat rekod nilai transaksi RM420,000

2 Okt 2020, 10:22 AM
Aplikasi CEPat rekod nilai transaksi RM420,000

BANGI, 2 OKT: Aplikasi tanpa tunai 'Citizen E-Payment Platform’ atau CEPat merekodkan nilai transaksi berjumlah RM420,000 dalam tempoh setahun penggunaannya.

Kaedah dibangunkan Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) itu digunakan oleh Majlis Daerah Hulu Selangor, Majlis Daerah Kuala Selangor dan Majlis Perbandaran Kajang.

Pengarah Urusan SSDU Dr Mohamad Fahmi Ngah menyifatkan pencapaian tersebut bukti masyarakat semakin menerima penggunaan aplikasi moden.

"SSDU sedang menambah baik perkhidmatan yang boleh digunakan CEPat sebelum diperluaskan kepada semua pihak berkuasa tempatan di Selangor pada Disember tahun ini.

"Langkah tersebut seiring sasaran memastikan perkhidmatan berbayar Kerajaan Negeri dibuat dalam platform ini menjelang 2022," katanya selepas menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah Kempen MyDebit Bersama Smart Selangor di sini hari ini.

Aplikasi CEPat yang dilancarkan pada 1 Ogos 2019 menggunakan teknologi awanan berasaskan ‘cloud’ untuk semua perkhidmatan berbayar kerajaan di pelbagai peringkat meliputi khidmat permohonan lesen, kompaun dan cukai taksiran.

CEPat boleh dimuat turun menerusi Playstore bagi pengguna Android dan AppStore bagi IOS.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619