AGENDA

Kapasiti tidak mencukupi jejaskan kargo udara pada Ogos

29 Sep 2020, 11:59 PM

KUALA LUMPUR, 30 SEPT: Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) telah mengeluarkan data untuk pasaran kargo udara global pada bulan Ogos, ia mencatat peningkatan yang perlahan kerana kekurangan kapasiti.

Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif IATA, Alexandre de Juniac berkata permintaan kargo udara bertambah 1.8 mata peratusan pada bulan Ogos berbanding Julai.

"Ia masih turun 12.6 peratus pada paras dicatatkan tahun sebelumnya dan di bawah peningkatan sebanyak 5.1 peratus dalam Indeks Pengurus Pembelian Pembuatan.

"Peningkatan terhenti oleh kekangan kapasiti kerana sebahagian besar pesawat penumpang tidak beroperasi, pada kebiasaannya ia membawa sebanyak 50 peratus untuk kargo," katanya dalam satu kenyataan semalam.

De Juniac berkata musim puncak kargo udara akan bermula pada minggu-minggu akan datang, tetapi dengan kekangan kapasiti yang teruk, pengirim mungkin mencari alternatif lain seperti laut dan kereta api untuk memastikan ekonomi global bergerak.

Mengenai prestasi serantau, IATA berkata syarikat penerbangan di Asia Pasifik menyaksikan permintaan untuk kargo udara antarabangsa merosot sebanyak 18.3 peratus pada bulan Ogos tahun ini berbanding dengan tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Selepas pemulihan pada bulan Mei, beliau berkata pertumbuhan bulan ke bulan dalam permintaan yang disesuaikan dengan musim berkurangan untuk bulan kedua berturut-turut.

Kapasiti antarabangsa terjejas di rantau ini, turun sebanyak 35 peratus, katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619