BERITA UTAMA

Belanjawan 2021: MBSA tingkat kualiti infrastruktur, keselamatan

29 Sep 2020, 12:15 PM
Belanjawan 2021: MBSA tingkat kualiti infrastruktur, keselamatan

SHAH ALAM, 29 SEPT: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memberi penekanan untuk meningkatkan kualiti infrastruktur dan keselamatan tahun depan seiring matlamat Shah Alam Bandar Raya Pintar.

Datuk bandar berkata antara projek bakal dilaksana ialah pembinaan 30 unit gerai serba guna dan gerai makan di Kampung Baru Subang, Seksyen U6 dengan anggaran peruntukan RM4.5 juta.

"MBSA juga bercadang membina lot kedai dua tingkat di Jalan Pulau Angsa A Seksyen U10 (RM3 juta), gerai di Seksyen U20 Bandar Baru Sungai Buloh (RM500,000) serta kompleks perniagaan dan tempat letak kereta di Seksyen 17 (RM1 juta).

"Cadangan lain ialah menaik taraf padang bola Seksyen 19 dan membina jejantas di Persiaran Institut di Seksyen 7," kata Dato' Haris Kasim selepas membentangkan Belanjawan MBSA 2021 di Wisma MBSA hari ini.

Beliau berkata belanjawan turut memperuntuk masing-masing RM1 juta bagi pemasangan dan penggantian rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan panas dan pembelian perkakasan pusat kawalan pihak berkuasa tempatan (PBT) tersebut.

MBSA membentangkan anggaran Belanjawan 2021 berjumlah RM498.82 juta dengan jangkaan defisit RM28.06 juta.

Haris berkata RM396.14 juta diguna bagi perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan RM130.74 juta, manakala defisit ditampung menggunakan rizab PBT itu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619