BERITA UTAMA

MBSA tawar diskaun kompaun sehingga 50 peratus sempena ulang tahun

29 Sep 2020, 6:58 AM
MBSA tawar diskaun kompaun sehingga 50 peratus sempena ulang tahun

SHAH ALAM, 29 SEPT: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengadakan Kempen Pengurangan Kompaun sehingga 50 peratus sempena sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Shah Alam ke-20, bermula 1 hingga 30 Oktober.

Datuk bandar berkata jenis kompaun layak mendapat pengurangan adalah Undang-undang Kecil (UKK) Kedai Gunting Rambut 1983, UKK Taman 2005, UKK Vandalisme 2005, UKK Establisymen Makanan, UKK Pengendali Makanan, UKK Iklan, UKK Penjaja, UKK Pasar dan Perintah Pengangkutan Jalan 2007.

“Kempen ini antara inisiatif MBSA membantu dan menggalakkan mereka yang mempunyai tunggakan kompaun menyelesaikan bayaran, jadi kita harap kempen seumpama ini dapat membantu mereka.

"Orang ramai dinasihat mengambil peluang untuk menjelaskan tunggakan kompaun mereka sebelum tindakan tegas diambil antaranya sekatan urus niaga atau tindakan mahkamah,” kata Dato' Haris Kasim selepas membentangkan Belanjawan MBSA 2021 di Wisma MBSA hari ini.

Beliau berkata orang ramai boleh membuat bayaran di kaunter utama Wisma MBSA Persiaran Perbandaran Seksyen 14 serta pejabat MBSA cawangan Sungai Buloh, Kota Kemuning dan Setia Alam.

"Untuk kompaun kesalahan tempat letak kereta pula, orang ramai boleh menjelaskan bayaran melalui Maybank2U, kaunter Bank Muamalat dan Bank Rakyat.

"Bayaran juga boleh dibuat menerusi JomPAY dengan hanya memasukkan kod bil 6726, nombor kompaun pada ref1 serta nombor telefon pada ref2 dan seterusnya jumlah bayaran," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619