AGENDA

Usaha Anwar untuk pacu ekonomi, kecilkan jurang kaya, miskin

27 Sep 2020, 2:08 PM
Usaha Anwar untuk pacu ekonomi, kecilkan jurang kaya, miskin

SHAH ALAM, 27 SEPT: Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menyokong penuh usaha untuk mengembalikan mandat rakyat yang diberikan pada 9 Mei 2018, kata ketua whipnya.

Datuk Johari Abdul berkata langkah Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengembalikan Kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) di peringkat persekutuan bertujuan memacu pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan kesenjangan miskin dan kaya.

"Kami mengambil maklum dengan kenyataan bahawa ramai ahli parlimen Umno dan Barisan Nasional beralih sokongan kepada Anwar, maka jelas Tan Sri Muhyiddin Yassin hilang majoriti sebagai perdana menteri.

"Sebarang sokongan daripada mana-mana ahli parlimen harus datang dari keinginan jujur mahu menyelamatkan negara daripada krisis kesihatan dan ekonomi akibat Covid-19 yang memerlukan sebuah kerajaan stabil, dinamik dan kuat," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata komitmen bakal kerajaan baharu terhadap keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang dan memelihara integriti tidak akan dikompromi sama sekali.

"Kerajaan mesti fokus memantapkan tata kelola dan melaksanakan reformasi institusi, termasuk badan kehakiman," katanya.

Beliau berkata ahli parlimen KEADILAN berdoa agar Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah diberikan kesembuhan yang segera dan dikurniakan kesihatan yang baik.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619