AGENDA

Putrajaya mahu ambil pesara tentera jadi pengawal keselamatan

26 Sep 2020, 9:44 AM
Putrajaya mahu ambil pesara tentera jadi pengawal keselamatan

SUNGAI SIPUT, 26 SEPT: Kementerian Sumber Manusia dalam perbincangan dengan Kementerian Pertahanan untuk mengambil pesara tentera mengisi kekosongan perkhidmatan kawalan keselamatan di negara ini.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan berkata perkhidmatan kawalan keselamatan perlu diberi penjenamaan semula dengan mengambil kira tahap kecergasan dan faktor usia seseorang petugas yang menjaga kebanyakan premis perbankan dan perniagaan.

Mengambil contoh perkhidmatan kawalan keselamatan di kebanyakan negara luar, Saravanan berkata ia merupakan suatu pekerjaan yang dipandang tinggi berbanding di negara ini kebanyakan pengawal keselamatan terdiri daripada mereka yang sudah lanjut usia.

"Kita mesti mempunyai tahap dengan imej yang baharu dengan pertambahan pendapatan dan pelbagai insentif yang akan ditawarkan kepada pengawal keselamatan.

"Pengambilan pesara tentera dalam perkhidmatan kawalan keselamatan dapat mengatasi kebergantungan terhadap pekerja asing apatah lagi ketika ini kita sedang berhadapan dengan pandemik Covid-19," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Karnival PenjanaKerjaya Kementerian Sumber Manusia bagi Sungai Siput 2020 di Pusat Konvensyen Sungai Siput hari ini.

Sementara itu, Saravanan yang juga ahli parlimen Tapah berkata seramai 41,696 pencari kerja di seluruh negara mendapat pekerjaan menerusi Program Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya) sejak ia dimulakan pada 15 Jun hingga 23 Sept lepas.

Beliau berkata daripada jumlah itu, seramai 3,532 pekerja menjalani latihan kemahiran dan peningkatan kemahiran.

Bagi Perak, Saravanan berkata sejumlah 1,317 pencari kerja berjaya mendapat peluang pekerjaan menerusi program PenjanaKerjaya.

Pada karnival sehari itu, lebih 10,000 kekosongan jawatan ditawarkan oleh kira-kira 20 majikan.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619