AGENDA

Luas guna dron pantau sumber air

26 Sep 2020, 9:12 AM
Luas guna dron pantau sumber air

SUBANG JAYA, 26 SEPT: Lembaga Urus Air Selangor (Luas) menggunakan dron untuk memantau sumber air bagi memastikan tiada pencerobohan dan pencemaran berlaku.

EXCO infrastruktur dan kemudahan awam berkata teknologi itu juga boleh digunakan untuk mengambil sampel air serta memberi amaran awal sekiranya mengesan aktiviti mencurigakan, lapor Sinar Harian.

"Projek perintis ini membuktikan Kerajaan Negeri serius mengatasi isu pencemaran sumber air selain penubuhan Skuad Pantas Luas yang melakukan pemantauan 24 jam di lembangan Sungai Selangor, Sungai Langat dan Sungai Klang.

"Op Sumber Air dilaksana oleh Luas sejak Mac berjaya mengelak tujuh insiden pencemaran yang boleh menyebabkan henti tugas LRA (Loji Rawatan Air) dan gangguan bekalan air," Ir Izham Hashim dipetik sebagai berkata.

Pada 10 September, Dato' Menteri Besar berkata teknologi dron akan digunakan bagi menjalankan pemantauan di kawasan sungai sebagai langkah mengelak insiden luar jangka yang memberi risiko terhadap sumber air mentah di LRA.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata tambahan teknologi membolehkan rondaan secara kerap tanpa manusia dilakukan terutama di dua lembangan sungai penting iaitu Sungai Selangor dan Sungai Langat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619