AGENDA

Selangor tubuh jawatankuasa pantau pemuliharaan sungai

26 Sep 2020, 7:38 AM
Selangor tubuh jawatankuasa pantau pemuliharaan sungai

SUBANG JAYA, 26 SEPT: Kerajaan Selangor menubuhkan jawatankuasa khas bagi merancang dan memantau program pemuliharaaan sungai negeri ini.

Dato’ Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata Jawatankuasa Pelaksanaan Pemuliharaan Sungai Negeri Selangor merangkumi dasar, polisi serta strategi dilaksanakan Lembaga Urus Air Selangor (Luas).

“Strategi pertama menyentuh pembangunan fizikal sungai seperti menaik taraf struktur tebing, landskap dan pusat info manakala strategi kedua berkenaan peningkatan kebersihan rizab dan kualiti sungai.

“Seterusnya meningkatkan kesedaran awam dan penglibatan pihak berkepentingan seperti Friends of River (FoR), modul pembelajaran, program kesedaran dan pembangunan platform pangkalan data,” katanya melalui ucapan dibacakan EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim sempena sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Negeri hari ini.

Jelas Amirudin, pihaknya turut mengkaji insentif untuk pemberi maklumat insiden pencemaran atau aktiviti berisiko mengundang masalah air.

“Cara ini membantu kerajaan mengenalpasti pihak yang tidak bertanggungjawab dan prihatin terhadap sungai dan sumber air negeri,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619