BERITA UTAMA

Selangor Fruit Valley destinasi riadah keluarga

26 Sep 2020, 2:00 AM
Selangor Fruit Valley destinasi riadah keluarga
Selangor Fruit Valley destinasi riadah keluarga

RAWANG, 26 SEPT: Aktiviti pertanian dan penternakan di Selangor Fruit Valley (SFV) sesuai dijadikan pilihan keluarga untuk beriadah.

Isteri Dato’ Menteri Besar berkata keunikan kawasan seluas hampir 1,000 hektar itu juga membolehkan kanak-kanak menimba pengalaman baharu.

“Ini julung kali saya membawa anak-anak ke SFV. Mereka gembira berpeluang menyuapkan rusa makan dan memetik sayur sendiri.

[caption id="attachment_440924" align="alignright" width="440"] Datin Seri Masdiana Muhamad memetik sayur semasa mengadakan lawatan ke Selangor Fruit Valley anjuran PKPS di Bestari Jaya, Kuala Selangor pada 25 September 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

“Usaha ini merapatkan hubungan kekeluargaan selain menjadi tarikan pelancong lain,” kata Datin Seri Masdiana Muhamad ketika ditemui selepas membuat lawatan ke SFV semalam.

Sementara itu, Pengurus Agro Tourism SFV Md Saad Mahsah berkata tanaman anggur di 10 rumah kaca menjadi tarikan terbaharu kawasan berkenaan.

“Kita dalam perancangan membina terusan serta penginapan bagi memudahkan pelawat bermalam di sini dan dijangka siap pada tahun hadapan,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619