AGENDA

Syarikat salah guna dana Program Subsidi Upah disenarai hitam

25 Sep 2020, 9:02 AM
Syarikat salah guna dana Program Subsidi Upah disenarai hitam

JOHOR BAHRU, 25 SEPT: Kerajaan akan mengambil tindakan tegas termasuk menyenaraihitamkan syarikat dan majikan yang didapati menyalahgunakan pemberian dana Program Subsidi Upah.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan berkata ini berikutan terdapat aduan yang diterima pihaknya berhubung kegagalan majikan membayar upah kepada pekerja.

Beliau berkata selain menyenaraihitamkan, tindakan mahkamah juga akan dikenakan terhadap majikan terbabit jika turut didapati menggunakan dokumen palsu untuk menyertai program berkenaan.

"Kami sedang mengumpul maklumat berhubung syarikat yang terlibat dalam penyalahgunaan dana tersebut yang sehingga kini, kami telah menerima aduan membabitkan 89 majikan yang menerima subsidi upah tetapi upah tidak diterima oleh 846 pekerja di seluruh Malaysia.

"Selain itu, sebanyak 1,663 syarikat turut dikesan memberikan dokumen palsu melibatkan 14,800 pekerja dengan tuntutan sebanyak RM31 juta," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Inisiatif Penjana Dana Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) di sini, hari ini.

Saravanan memberi peringatan kepada mana-mana syarikat agar tidak mengambil kesempatan atas usaha yang dijalankan oleh kerajaan untuk membantu rakyat dalam tempoh sukar ini.

Program Subsidi Upah diperkenalkan sejak 1 April sebagai mengurangkan beban majikan dan pekerjaan dalam menghadapi fasa pemulihan ekonomi selepas terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ekoran daripada penularan jangkitan Covid-19.

Inisiatif dibuka kepada syarikat yang berdaftar dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619