AGENDA

AMK: Poster Anwar angkat sumpah PM ke-9 palsu

24 Sep 2020, 1:06 PM
AMK: Poster Anwar angkat sumpah PM ke-9 palsu

SHAH ALAM, 24 SEPT: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menegaskan poster tular upacara angkat sumpah Presiden parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kesembilan esok di Istana Negara adalah palsu.

Setiausahanya, Ahmad Syukri Razab berkata logo tertera pada poster tersebut juga bukan lambang rasmi AMK selain menyifatkan tindakan pihak tidak bertanggungjawab tersebut dilakukan bagi menganggu proses transisi Kerajaan Persekutuan.

"AMK menjunjung penuh kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk memutuskan isu pemilihan perdana menteri selepas Anwar mengumumkan berjaya memperoleh majoriti selesa membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam Anwar mengumumkan mendapat sokongan ahli parlimen untuk membentuk kerajaan baharu dengan majoriti yang kukuh dan meyakinkan.

Beliau turut menjelaskan mendapat perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong tetapi ditangguhkan kerana baginda menerima rawatan di Institut Jantung Negara.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619