AGENSI

Maqis Selangor rampas 2,376kg brokoli berkulat dari China

24 Sep 2020, 9:26 AM
Maqis Selangor rampas 2,376kg brokoli berkulat dari China

SHAH ALAM, 24 SEPT: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor merampas 2,376 kilogram brokoli berkulat dari China pada Selasa lalu.

Pengarahnya, Dr Tarmisal Alimin berkata dagangan brokoli berkenaan ditahan ketika pemeriksaan di Pelabuhan Klang Barat, Klang.

"Nilai dagangan brokoli itu berjumlah RM15,684.46. Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

"Sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya sekali," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tarmisal berkata pihaknya sentiasa teliti dan cekap menjalankan pemeriksaan bagi memastikan hasil pertanian yang diimport bebas daripada perosak dan penyakit.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619