AGENDA

Sesi latihan positif, Red Giants tekad pamer kebangkitan

24 Sep 2020, 6:03 AM
Sesi latihan positif, Red Giants tekad pamer kebangkitan

SHAH ALAM, 24 SEPT: Sesi latihan pertama skuad Red Giants kendalian Michael Feichtenbeiner berlangsung baik di Pusat Latihan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) di sini bermula semalam.

Pemangku ketua jurulatih itu berkata pemainnya mempamerkan kesungguhan ketika latihan dan yakin pasukan akan kembali beraksi lebih baik selepas ini.

"Selangor mengharungi minggu yang mengecewakan selepas tewas 1 - 6 kepada Johor Darul Ta'zim minggu lalu tetapi itu adalah lumrah dalam bola sepak.

"Kita fokus ke hadapan dan pemain juga berada dalam suasana yang tenang sepanjang latihan," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata skuad Merah Kuning mahu meraih kemenangan ketika menentang UiTM FC dalam aksi CIMB Liga Super Sabtu ini dan pemainnya akan bangkit untuk memberikan persembahan terbaik.

Feichtenbeiner yang juga Pengarah Taktikal mengambil alih tugas membimbing pasukan sehingga ketua jurulatih baharu dilantik selepas FAS menamatkan kontak B Sathianathan pada 21 September lalu.

Selangor setakat ini menduduki tangga kelapan dengan mengumpul 10 mata hasil dua kemenangan, empat seri dan dua kalah selepas lapan perlawanan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619