BERITA UTAMA

Sampel air berwarna hitam Sungai Gong dianalisis

23 Sep 2020, 12:10 AM
Sampel air berwarna hitam Sungai Gong dianalisis

SHAH ALAM, 23 SEPT: Sampel air Sungai Gong, Rawang yang dikesan tercemar pada Sabtu dihantar ke Jabatan Kimia dan keputusan dijangka diketahui paling awal tujuh hari.

EXCO Alam Sekitar Hee Loy Sian berkata Jabatan Kimia masih menganalisis sampel tersebut sama ada berlaku pelepasan sisa dari kawasan industri berhampiran.

"Ujian terperinci sedang dilakukan dan kebiasaannya ia mengambil masa tujuh hingga 14 hari tetapi Kerajaan Negeri berharap keputusan segera diperoleh," katanya kepada SelangorKini semalam.

Beliau berkata pencemaran Sungai Gong pada kali ini berjaya ditangani segera kerana petugas Lembaga urusan Air Selangor (Luas) dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) melakukan rondaan 24 jam bagi memantau Lembangan Sungai Selangor.

Sabtu lalu, Luas menerima laporan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Gombak yang mengesan air Sungai Gong berwarna hitam.

Kejadian tersebut bagaimanapun tidak menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) henti tugas dan gangguan bekalan air.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619