AGENSI

Ambil iktibar pencemaran Sungai Selangor, lapor salah laku jenayah

22 Sep 2020, 9:27 AM
Ambil iktibar pencemaran Sungai Selangor, lapor salah laku jenayah

KAJANG, 22 SEPT: Insiden pencemaran Sungai Selangor dan Sungai Semenyih wajar dijadikan pengajaran supaya masyarakat tidak sesekali mengabai perlakuan jenayah terhadap alam sekitar.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor Nor Aziah Jaafar berkata orang awam harus menjadi mata dan telinga dalam menyalurkan maklumat bagi mencegah kejadian tersebut.

"Sungai sebahagian daripada bumi dan nadi kehidupan pelbagai spesies di dalamnya, jadi tidak wajar jika kita membiarkan salah laku yang akan memusnahkan ekosistem. Begitu juga pembakaran terbuka dan pencemaran kilang yang menjejaskan alam sekitar," katanya.

Beliau berucap pada program Kesedaran Selamatkan Ozon sempena Hari Ozon Sedunia 2020 peringkat Selangor di Kolej Profesional Majlis Amanah Rakyat (Mara) di sini hari ini.

Pada 3 September lalu, empat loji rawatan air dihenti tugas susulan pencemaran Sungai Selangor yang menjejaskan ratusan ribu pengguna di Lembah Klang.

Sementara itu, Nor Aziah berkata Hutan Rekreasi Sungai Tekala dipilih untuk penganjuran aktiviti plogging (joging sambil mengutip sampah) sempena sambutan hari ozon.

Menurutnya, aktiviti yang bakal disertai pelajar Kolej Mara dan agensi JAS itu bagi memupuk kecintaan dan semangat memelihara alam sekitar.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619