AGENSI

MSN Selangor anjur pertandingan mural #SelangorPower

22 Sep 2020, 8:59 AM
MSN Selangor anjur pertandingan mural #SelangorPower

SHAH ALAM, 22 SEPT: Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor mempelawa orang ramai menyertai pertandingan mural #SelangorPower dengan tema Kecemerlangan Sukan, Atlet Dan Generasi Muda Selangor.

Menurut Facebook MSN negeri pertandingan terbuka kepada warganegara berumur 19 hingga 40 tahun manakala tarikh tutup penyertaan pada 9 Oktober.

Peserta diminta menghantar idea lukisan mural bersaiz A4 (format PDF) berdasarkan skala mural berukuran 2.5 meter tinggi x 5 meter lebar ke e-mel muralselangorpower@gmail.com.

Senarai 15 peserta terpilih ke peringkat akhir diumum pada 13 Oktober sementara pertandingan akhir bakal berlangsung pada 24 dan 25 Oktober.

Pemenang hadiah pertama bakal membawa pulang wang tunai RM1,000, kedua (RM800), ketiga (RM600), keempat (RM400), tempat kelima hingga ke-10 (RM200) dan ke-11 hingga ke-15 (RM100).

Keterangan lanjut boleh layari www.msnselangor.gov.my atau imbas Kod QR yang tertera.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619