EXCO

Smart Selangor Parking tergendala, pengguna boleh tuntut pampasan

21 Sep 2020, 10:53 AM
Smart Selangor Parking tergendala, pengguna boleh tuntut pampasan

SHAH ALAM, 21 SEPT: Pengendali Smart Selangor Parking (SSP) mengambil tanggungjawab penuh dengan membayar semula kompaun tempat letak kereta yang dikenakan terhadap pengguna susulan gangguan sistem tersebut hari ini.

EXCO kerajaan tempatan berkata pengguna boleh menghubungi SSP melalui emel support@lits.com.my atau talian 1700-819-612 bagi tuntutan pampasan kompaun dalam tempoh gangguan berkenaan.

"Sistem SSP tergendala dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari pada 21 September (hari ini) disebabkan masalah pengemaskinian sistem aplikasi.

"Pengendali telah mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan gangguan sistem aplikasi. Pengguna Android kini boleh melakukan pengemaskinian aplikasi manakala pengguna iOS masih perlu menunggu kebenaran Apple untuk berbuat demikian," kata Ng Sze Han dalam kenyataan.

SSP diperkenalkan pada Julai 2018 kini menjadi aplikasi parkir nombor satu negara apabila digunakan pihak berkuasa tempatan di Selangor termasuk kawasan di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619