EXCO

EXCO: Pengusaha restoran, kedai serbaneka di Selangor patuh waktu operasi

20 Sep 2020, 7:51 AM
EXCO: Pengusaha restoran, kedai serbaneka di Selangor patuh waktu operasi

SHAH ALAM, 20 SEPT: Pengusaha restoran dan kedai serbaneka di Selangor memberikan kerjasama baik dengan mematuhi waktu operasi perniagaan sehingga jam 2 pagi.

EXCO kerajaan tempatan berkata setakat ini tiada sebarang aduan diterima mengenai pelanggaran waktu operasi melibatkan pihak berkaitan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

"Pemantauan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan polis mendapati semua masih dalam kawalan malah saya percaya semua pihak akan terus memberi kerjasama bagi mengelak dikenakan tindakan.

"Bagaimanapun, agensi berkaitan akan sentiasa membuat rondaan di kawasan masing-masing untuk memastikan tiada sesiapapun melanggar arahan," kata Ng Sze Han ketika dihubungi.

Beliau turut menggesa orang awam membuat laporan kepada PBT dan polis sekiranya mempunyai maklumat premis perniagaan beroperasi melebihi tempoh ditetapkan sekali gus melanggar PKPP.

"Justeru, saya menasihati semua pengusaha premis mematuhi had masa dan tatacara operasi piawai (SOP). Kita tidak akan teragak-agak mengarahkan premis terbabit ditutup serta-merta jika ada yang melanggar peraturan ini," katanya.

Pada 13 September lalu, Kerajaan Negeri membenarkan restoran dan kedai serbaneka melanjutkan operasi sehingga jam 2 pagi selaras dengan pengumuman Majlis Keselamatan Negara berbanding sebelum ini pada 12 tengah malam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619