AGENSI

Kerja pembaikan paip pecah di Bandar Sri Ehsan siap

16 Sep 2020, 9:56 AM
Kerja pembaikan paip pecah di Bandar Sri Ehsan siap

SHAH ALAM, 16 SEPT:  Kerja pembaikan paip pecah di Bandar Sri Ehsan berhampiran Masjid KLIA yang menyebabkan gangguan bekalan air lapan kawasan wilayah Kuala Langat dan satu di Sepang siap jam 4.30 petang tadi.

Ketua komunikasi korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata penduduk yang terjejas dijangka menerima semula bekalan air jam 8 malam secara berperingkat.

"Bantuan air melalui lori tangki ke kawasan terlibat di wilayah Kuala Langat dan Sepang masih digerakkan bagi membantu pengguna.

"Pengguna yang ingin mendapatkan bantuan bekalan air boleh menghubungi pusat perhubungan pelanggan kami di talian 15300," kata Elina Baseri dalam kenyataan.

Air Selangor akan memaklumkan perkembangan kerja pembaikan dari semasa ke semasa melalui saluran komunikasi rasminya di Facebook, Twitter dan Instagram, serta aplikasi telefon pintar Air Selangor dan laman sesawang kami di www.airselangor.com .

Senarai kawasan terjejas:

Kuala Langat

1. Taman Langat Utama

2. Taman D’Menara

3. Taman Murnimas

4. RTB Bukit Changgang

5. Bandar Sri Ehsan

6. Taman Langat Murni

7. Bandar Mahkota

8. Bandar Brooklands

Sepang

1. Estet SOPEC

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619