AGENDA

Lima suspek cemar Sungai Gong didakwa esok

14 Sep 2020, 2:49 PM
Lima suspek cemar Sungai Gong didakwa esok

SHAH ALAM, 14 SEPT: Lima individu yang dikaitkan dengan insiden pencemaran bau di Sungai Gong, Rawang awal bulan lalu didakwa di Mahkamah Seksyen Selayang esok.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Fadzil Ahmat berkata kertas siasatan kes berkenaan sudah dirujuk ke pejabat Peguam Negara, lapor Astro Awani.

"Pertuduhan pertama ke atas lima individu mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan yang akan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan sementara pertuduhan kedua mengikut Seksyen 25 Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan.

Pendakwaan membabitkan empat ahli lembaga pengarah syarikat dan seorang pengurus kilang.

Sementara itu, beliau berkata empat lagi tangkapan dibebaskan dengan bon mengikut Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah untuk dijadikan saksi.

Pada 3 September lalu, empat loji rawatan air dihenti tugas susulan pencemaran di Sungai Selangor yang menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di Kuala Lumpur dan Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619