AGENDA

KEADILAN pertikai kelulusan daftar Perikatan Nasional

14 Sep 2020, 8:14 AM
KEADILAN pertikai kelulusan daftar Perikatan Nasional

SHAH ALAM, 14 SEPT: Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mempersoal kelulusan pendaftaran Perikatan Nasional berikutan ketiadaan maklumat dalam laman sesawang Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

Justeru, ketua penerangannya mencabar Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membuktikan kelulusan rasmi itu kepada umum kerana gabungan tersebut meletakkan calon pada pilihan raya negeri (PRN) Sabah.

"Sekiranya calon-calon yang mewakili sebuah pertubuhan haram dibenarkan untuk bertanding, ini merupakan satu penghinaan kepada sistem demokrasi berparlimen di Malaysia dan juga buat rakyat khususnya warga Sabah," kata Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam kenyataan hari ini.

Beliau juga mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya mengambil tindakan serta-merta termasuk membatalkan pencalonan semua calon yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional jika benar gabungan itu belum didaftar secara rasmi.

"Pilihan raya adalah platform penting buat rakyat untuk menggunakan hak mereka sebagai warganegara. Mereka berhak untuk memilih calon dari parti yang sah di sisi undang-undang untuk menjadi wakil seterusnya membentuk kerajaan negeri,” katanya.

Pada 10 Ogos lalu, naib presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, sebuah parti dalam gabungan itu, Datuk Abdul Rashid Asari menyatakan PN sudah menghantar permohonan pendaftaran antara 3 hingga 7 Ogos.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619