BERITA UTAMA

Tuisyen Rakyat ubah nasib 10,000 pelajar lemah

11 Sep 2020, 9:31 AM
Tuisyen Rakyat ubah nasib 10,000 pelajar lemah

GOMBAK, 11 SEPT: Seramai 10,000 pelajar Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) menerima manfaat Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) tahun lalu, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata sejak diperkenal pada 2009, program itu berjaya mengubah nasib pelajar sederhana dan lemah untuk lulus peperiksaan tersebut.

"PTRS akan ditambah baik dari semasa ke semasa tetapi perkara paling penting ialah hasrat membantu pelajar dalam kalangan keluarga kurang berkemampuan dan lemah pelajaran telah membuahkan hasil.

"Kita tidak mahu tumpukan pembinaan bangunan sekolah atau kemudahan asas sahaja sehingga abaikan aset paling penting iaitu pelajar yang bakal mewarisi negeri dan negara ini," katanya pada Program Penyerahan Pelitup Muka Percuma Sekolah Daerah Gombak di Dewan Seri Siantan hari ini.

Belanjawan Selangor 2020 memperuntuk sejumlah RM10 juta bagi menjayakan PTRS selain menyediakan makan tengah hari percuma bagi memastikan pelajar mendapat khasiat makanan secukupnya.

Pada November tahun lalu, Kerajaan Negeri turut membantu 183 pelajar sekolah menengah dan tujuh sekolah rendah yang tercicir pelajaran kerana terpaksa bekerja melalui program itu.

Dasar pertama PTRS adalah memberi bantuan pendidikan berbentuk kelas tambahan secara percuma kepada pelajar yang memperoleh keputusan sederhana atau lemah mata pelajaran. Kedua, ia diberi kepada mereka dari keluarga berpendapatan bawah RM2,000.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619