AGENSI

Covid-19: Selangor catat satu kes import, empat kes aktif

9 Sep 2020, 11:50 AM
Covid-19: Selangor catat satu kes import, empat kes aktif

SHAH ALAM, 9 SEPT: Selangor merekodkan satu kes baharu Covid-19 hari ini membabitkan rakyat tempatan yang mendapat jangkitan dari Korea Selatan.

Bilik Gerakan Negeri Selangor (BGNS) berkata perkembangan itu menjadikan jumlah terkumpul di negeri ini sebanyak 2,189 manakala empat kes aktif dengan kebolehjangkitan.

"Alhamdulillah, tiada kes tempatan yang direkodkan dan ini adalah kali ke-62 tiada kes tempatan sejak 18 Mac 2020. Tiada kes discaj dan kematian dilaporkan," katanya.

Kementerian Kesihatan (KKM) pula melaporkan terdapat 24 kes baharu membabitkan 18 kes penularan tempatan dan enam kes import sekali gus menjadikan jumlah terkumpul 9,583.

Pesakit pulih dalam negara pula seramai tujuh orang manakala angka kematian ekoran wabak itu kekal 128.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619