AGENDA

Syarikat perkhidmatan digesa guna tandatangan digital dikawal akta

9 Sep 2020, 4:56 AM
Syarikat perkhidmatan digesa guna tandatangan digital dikawal akta

KUALA LUMPUR, 9 SEPT: Syarikat pemberi perkhidmatan yang menggunakan kemudahan internet digesa menggunakan tandatangan digital yang dikawal selia di bawah Akta Tandatangan Digital 1997 dalam pengurusan syarikat mereka.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata langkah itu perlu bagi mengelakkan penggunaan sistem rangkaian syarikat berkenaan terdedah dengan ancaman siber.

"Kelebihan penggunaan tandatangan digital terserlah, ia boleh meningkatkan kecekapan pengurusan serta penyampaian perkhidmatan oleh mana-mana agensi sektor awam mahupun swasta tanpa perlu bersemuka.

“Sehubungan itu, agensi dan syarikat berkenaan digalak untuk menggunakan tandatangan digital yang dikawal selia oleh akta tandatangan digital,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Senator Datuk Lim Pay Hen berhubung usaha kementerian dalam memperkukuh sistem siber termasuk tandatangan digital.

Zahidi berkata penggunaan tandatangan digital itu dilihat lebih selamat kerana orang ramai atau pengguna yang ingin menggunakan tandatangan digital perlu berdaftar dengan pihak berkuasa pemerakuan (PBP) untuk pengesahan identiti.

“Dengan menggunakan tandatangan digital, identiti seseorang pengguna ditentusahkan oleh PBP dan penerima dokumen yang ditandatangani dengan tandatangan digital boleh menggunakannya dengan yakin, selamat dan terjamin,” katanya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619