AGENDA

EXCO: Banyakkan kerjasama pintar laksana program bantu rakyat

7 Sep 2020, 11:08 PM
EXCO: Banyakkan kerjasama pintar laksana program bantu rakyat
EXCO: Banyakkan kerjasama pintar laksana program bantu rakyat

SHAH ALAM, 8 SEPT: Kerajaan Negeri perlu menyertai lebih banyak kerjasama pintar dengan syarikat terkenal bagi membolehkan pelaksanaan program lebih berkesan kepada rakyat

EXCO pembangunan usahawan berkata antara kerjasama pintar paling berjaya adalah menerusi Selangor e-Bazar Raya bersama Shopee yang mencecah hasil jutaan ringgit.

"Modal disuntik Kerajaan Negeri bagi program berkenaan adalah RM1 juta tetapi kemudiannya dapat menjana pendapatan lebih dari RM300 juta, jadi perkongsian pintar sebegitu bukan saja berkesan kepada rakyat tetapi menjadikan ia lebih bermanfaat.

[caption id="attachment_436479" align="alignright" width="407"] EXCO Pembangunan Usahawan, Rodziah Ismail membentangkan rumusan ketika sesi Dialog Belanjawan Negeri Selangor 2021 di Pusat Konvensyen Setia Alam, Shah Alam pada 7 September 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

"Sekiranya tiada perkongsian pintar sebegini, tidak mungkin kita mampu pergi lebih jauh," kata Rodziah Ismail ketika sesi rumusan Dialog Belanjawan Selangor 2021 di Pusat Konvensyen Setia City, di sini, semalam.

Mengulas lebih lanjut, Rodziah yang juga EXCO Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi berkata pihaknya turut menjalankan kerjasama pintar bersama perbankan bagi membangunkan program fertigasi penanaman lada.

"Bagi program berkenaan, Agro Bank tawarkan perkhidmatan pinjaman kepada mereka yang berminat untuk menyertai program berkenaan, jadi ia salah satu contoh kerjasama pintar yang baik," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619