EXCO

Lebih 20,000 peniaga kecil terima insentif RM500

5 Sep 2020, 2:40 AM
Lebih 20,000 peniaga kecil terima insentif RM500

SHAH ALAM, 5 SEPT: Seramai 22,884 peniaga dan penjaja kecil berlesen menerima insentif RM500 di bawah Pakej Rangsangan Selangor Prihatin Covid-19.

EXCO pembangunan usahawan berkata Kerajaan Negeri turut melaksanakan kursus usahawan secara maya dan bersemuka bagi memulihkan kembali perniagaan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Menjadi hasrat Kerajaan Selangor membantu meringankan beban peniaga dan penjaja kecil selain memastikan mereka bangkit selepas melalui tempoh sukar akibat penularan Covid-19.

"Kita bantu usahawan menstruktur semula hutang, memberi khidmat nasihat serta mendapatkan dana atau modal untuk berniaga sekali gus meningkatkan taraf ekonomi masing-masing," kata Rodziah Ismail ketika dihubungi.

Pada 20 Mac lalu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan RM40 juta untuk melaksanakan insentif khas kepada peniaga dan penjaja berlesen yang terkesan susulan PKP.

Setakat ini, lebih RM10 juta dibelanjakan bagi melaksanakan manfaat tersebut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619