AGENDA

Conteng mural: Polis ambil keterangan tiga wanita

3 Sep 2020, 11:24 AM
Conteng mural: Polis ambil keterangan tiga wanita

SHAH ALAM, 3 SEPT: Tiga wanita dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung kes menconteng mural yang memaparkan wajah pemimpin negara Julai lepas, namun mereka dibebaskan kemudiannya selepas didapati mempunyai alibi yang kukuh.

Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin berkata ketiga-tiga wanita berumur antara 25 dan 35 tahun itu dibebaskan selepas didapati mempunyai alibi kukuh yang tidak membolehkan mereka disabitkan dengan jenayah itu.

"Mereka telah dipanggil tiga minggu lepas, kerana pada mulanya disyaki terlibat, namun selepas siasatan, didapati mereka tidak terlibat. Kami masih bekerjasama dengan Bukit Aman dalam aspek teknikal bagi mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kes itu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Neighborhood Watch Programme di Seksyen U5, di sini.

Julai lepas, mural gergasi beberapa potret pemimpin negara pada dinding sebuah bangunan kedai di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 di sini, diconteng pihak tidak bertanggungjawab dengan perkataan kurang menyenangkan menggunakan cat merah.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619