BERITA UTAMA

Punca Sungai Selangor tercemar, kilang selenggara jentera disita

3 Sep 2020, 9:31 AM
Punca Sungai Selangor tercemar, kilang selenggara jentera disita
Punca Sungai Selangor tercemar, kilang selenggara jentera disita

RAWANG, 3 SEPT: Kilang menyelenggara mesin dan jentera di sini, yang dipercayai menjadi punca pencemaran bau Sungai Selangor sehingga menjejaskan bekalan air 1.2 juta pemegang akaun disita sehingga tarikh dimaklumkan.

EXCO Alam Sekitar Hee Loy Sian berkata siasatan awal Lembaga Urus Air Selangor (Luas) mendapati kilang tersebut gagal melakukan penstoran sisa minyak buangan mengikut syarat ditetapkan selain menemui bau seakan-akan pelarut mengalir ke sungai.

"Kita arahkan kilang ini ditutup sementara menunggu keputusan siasatan. Pemantauan rapi dari semasa ke semasa dilakukan Luas bersama agensi berkaitan bagi memastikan pencemaran bau dikawal secepat mungkin," katanya selepas meninjau kawasan kilang hari ini.

[caption id="attachment_435435" align="alignnone" width="1008"] Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi Dan Inovasi (STI) Dan Hal Ehwal Pengguna, Tuan Hee Loy Sian menunjukkan contoh air yang tercemar ketika Sidang Media berkenaan pencemaran air dan bau di Rawang pada 3 September 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Loy Sian berkata kilang tersebut pernah dikompaun RM60,000 atas kesalahan sama sebelum ini tetapi masih mengulangi perkara tersebut.

"Ia membuktikan tahap kesedaran serta tanggungjawab pengusaha kilang masih rendah, kita kesal sikap sesetengah pihak mengambil jalan mudah buang sisa di dalam sungai," katanya.

Tujuh wilayah di Kuala Lumpur dan Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual selepas empat Loji Rawatan Air (LRA) negeri ini terpaksa dihenti tugas pagi ini.

Gangguan melibatkan wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

LRA Rantau Panjang dihenti tugas jam 7.15 pagi manakala LRA Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Fasa 2 (SSP2) dan Fasa 3 (SSP3) pada 9 pagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619