PBT

MPSepang turun peruntukan kepada RM160 juta

3 Sep 2020, 7:27 AM
MPSepang turun peruntukan kepada RM160 juta

SEPANG, 3 SEPT: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) terpaksa mengurangkan peruntukan kepada RM160 juta daripada RM200 juta pada tahun ini susulan pandemik Covid-19.

Yang Dipertuanya berkata pengurangan itu bagaimanapun tidak menjejaskan pembangunan yang dirancang untuk rakyat di kawasan berkenaan.

"Langkah mengurangkan bajet 2020 ini mengambil kira tekanan dihadapi penduduk yang tidak dapat melunaskan bayaran tertentu kepada majlis kerana ada antara mereka yang hilang kerja, perniagaan tidak serancak dulu, malah ada kedai yang terpaksa gulung tikar.

"Kami memahami situasi ini dan prihatin dengan kesulitan yang dihadapi. Oleh sebab itu, kita ambil keputusan kurangkan peruntukan tahunan supaya jumlah hasil dan perbelanjaan seiring," kata Dato' Abd Hamid Hussain.

Beliau berkata demikian selepas mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua MPSepang yang baharu menggantikan Mohd Fauzi Mohd Yatim yang berpindah ke Majlis Perbandaran Ampang Jaya dalam satu majlis di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Abd Hamid berkata sehingga 31 Ogos lepas, RM93.2 juta hasil cukai taksiran semasa berjaya dikutip.

"Bagi hasil cukai taksiran tertunggak pula MPSepang berjaya mengutip RM9.13 juta. MPSepang komited melaksanakan program bagi memastikan prestasi hasil terutama hasil cukai taksiran dapat dicapai.

"Untuk itu, kita perlu untuk lebih inovatif dalam memperluaskan sumber kewangan sedia ada dengan membangunkan inisiatif yang berpotensi memberikan pulangan hasil yang baik," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619