AGENSI

Lebih 200 buku dipinjam, Harry Potter kekal pilihan BooksFly2U

2 Sep 2020, 8:10 AM
Lebih 200 buku dipinjam, Harry Potter kekal pilihan BooksFly2U
Lebih 200 buku dipinjam, Harry Potter kekal pilihan BooksFly2U

SHAH ALAM, 2 SEPT: Novel fantasi Harry Potter karya J K Rowling dan buku cerita kanak-kanak penulis termasyhur Enid Blyton kekal antara naskhah popular pilihan peminjam melalui BooksFly2U.

Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) berkata buku kategori bukan fiksyen menerima permintaan tinggi dan seramai 64 peminjam direkodkan sejak program itu bermula pada 26 Jun lalu.

"Selain daripada buku bukan fiksyen hasil tulisan Rowling dan Blyton, buku-buku terbitan Scholastic turut menarik perhatian pembaca. Mengikut rekod sehingga 1 September, peminjam buku terdiri daripada 55 orang dewasa, enam kanak-kanak dan tiga remaja," kata Mastura Muhamad ketika dihubungi.

Beliau menjelaskan 281 buku sudah dipinjam dengan pecahan 243 bagi bahasa Melayu dan lima bahasa Inggeris bagi tempoh lebih dua bulan.

Katanya, masyarakat terus digalak meminjam buku secara dalam talian bagi memupuk budaya membaca.

Melalui BooksFly2U dilancarkan pada 16 Julai lalu, pengguna hanya perlu membuat panggilan telefon atau menghantar pesanan tajuk buku ke nombor 010-8491448 atau 03-55197667.

Dalam tempoh dua hari, petugas perpustakaan akan mendapatkannya dan mengaturkan penghantaran menggunakan khidmat e-panggilan manakala kos penghantaran serta pemulangan semula buku ditanggung peminjam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619