AGENSI

Semarakkan merdeka, 20 kenderaan jelajah Petaling

2 Sep 2020, 6:47 AM
Semarakkan merdeka, 20 kenderaan jelajah Petaling

SHAH ALAM, 2 SEPT: Sebanyak 20 kenderaan pelbagai agensi kerajaan menyertai jelajah daerah Petaling hari ini bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan ke-63.

Pegawai Daerah Petaling, Johary Anuar berkata antara lokasi dilalui termasuk di Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Majlis Perbandaran Subang Jaya.

"Program Kembara Perpaduan Jalur Gemilang peringkat daerah Petaling itu melibatkan kenderaan dari pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Penerangan Selangor dan pelbagai agensi lain," katanya selepas Perhimpunan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia anjuran Pejabat Daerah Petaling di Kompleks Pejabat Daerah Petaling di sini hari ini.

Pada majlis berkenaan, Johary turut menyerahkan sijil penghargaan kepada agensi berkaitan yang terlibat dalam gerak kerja ketika Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan, sekatan jalan raya Perintah Kawalan Pergerakan dan operasi stesen kuarantin di Petaling.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619