AGENDA

Kes Covid-19 di Petaling turun hasil usaha sama semua agensi

2 Sep 2020, 6:03 AM
Kes Covid-19 di Petaling turun hasil usaha sama semua agensi

SHAH ALAM, 2 SEPT: Kes Covid-19 di Petaling turun mendadak hasil usaha sama polis, petugas kesihatan, angkatan pertahanan awam dan semua pihak berkuasa tempatan (PBT).

Pegawai Daerahnya, Johary Anuar berkata ia terbukti menerusi statistik sehingga 1 September yang menunjukkan Petaling merekod satu kes aktif melibatkan kes import.

"Kita (Petaling) pernah melalui tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), namun semuanya dapat ditangani dengan baik hasil kerja keras semua agensi.

"Jika tiada kerjasama, mungkin kita tak dapat pastikan sama ada langkah pencegahan dapat dijayakan sepenuhnya atau tidak, namun sekarang sudah terbukti kerjasama semua pihak membolehkan kes Covid-19 terus turun," katanya pada Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia di Kompleks Pejabat Daerah Petaling hari ini.

Pada 10 Mei lalu, kawasan Pasar Jalan Othman di Petaling Jaya dikenakan PKPD selama 14 hari selepas terdapat 26 kes positif Covid-19.

Penguatkuasaan perintah itu membabitkan kira-kira 2,900 penghuni kediaman dan premis perniagaan di tiga zon di kawasan berkenaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619