AGENDA

Malaysia sekat kemasukan pemegang pas jangka panjang tiga negara

1 Sep 2020, 8:46 AM
Malaysia sekat kemasukan pemegang pas jangka panjang tiga negara
Malaysia sekat kemasukan pemegang pas jangka panjang tiga negara

SHAH ALAM, 1 SEPT: Kerajaan setuju mengenakan sekatan kemasukan kepada pemegang pas jangka panjang bagi warganegara India, Indonesia dan Filipina ke Malaysia berkuat kuasa 7 September.

Menteri kanan (kluster keselamatan) berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP selepas mengambil kira peningkatan kes Covid-19 dari beberapa negara.

"Keputusan ini diambil atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengekang penularan dalam negara oleh kes-kes import Covid-19," kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan.

Beliau menjelaskan sekatan kemasukan ini merangkumi penduduk tetap (PR), pas program Malaysia My Second Home (MM2H), ekspatriat semua kategori termasuk Profesional Visit Pass (PLIK), pas residen, pasangan kepada warganegara Malaysia (Spouse Visa) serta pelajar warganegara berkenaan.

Sebanyak enam kes baharu Covid-19 dicatatkan semalam dengan empat daripadanya kes import di Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619