ADN

100 meriahkan konvoi bermotosikal merdeka DUN Tanjung Sepat

1 Sep 2020, 7:14 AM
100 meriahkan konvoi bermotosikal merdeka DUN Tanjung Sepat
100 meriahkan konvoi bermotosikal merdeka DUN Tanjung Sepat

SHAH ALAM, 1 SEPT: Seramai 100 peserta menyertai konvoi bermotosikal Merdeka Ride 2020 sempena Hari Kebangsaan di Dewan Undangan Negeri Tanjung Sepat semalam.

Ahli dewan negerinya berkata penganjuran konvoi itu bermula dari Pantai Batu Laut ke Pantai Bagan Lalang berlangsung meriah disertai individu pelbagai peringkat usia.

"Program bertujuan menyemarakkan semangat patriotik dalam diri kita selaras dengan sambutan kemerdekaan disambut setiap tahun.

"Antara aktivitinya ialah bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar pantai. Terima kasih diucapkan kepada mereka yang menjayakannya," kata Burhan Aman Shah yang turut serta dalam konvoi berkenaan.

Sementara itu, DUN Tanjung Sepat turut meraikan veteran tentera dan pesara polis pada malam ambang sambutan kemerdekaan di Pantai Batu Laut.

Antara acara diadakan ialah majlis penghargaan kepada pesara polis dan veteran tentera, Busking Bersama Wak Jeng, deklamasi sajak, persembahan koir patriotik, cabutan bertuah dan pertunjukan bunga api.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619