AGENSI

Plus: Jalan susur masuk Bangi ke Kajang ditutup untuk selenggara

1 Sep 2020, 5:13 AM
Plus: Jalan susur masuk Bangi ke Kajang ditutup untuk selenggara
Plus: Jalan susur masuk Bangi ke Kajang ditutup untuk selenggara

SHAH ALAM, 1 SEPT: Jalan susur masuk Bangi ke Kajang di Persimpangan Bertingkat Kajang, Lebuhraya Utara-Selatan akan ditutup kepada semua kenderaan mulai hari ini hingga 8 September, mulai jam 10 malam hingga 5 pagi.

Plus Malaysia Berhad (Plus) dalam kenyataan menjelaskan penutupan itu bagi membolehkan kerja penyelenggaran pemotongan pokok besar menggunakan jentera khas untuk meningkatkan tahap keselamatan di sepanjang laluan tersebut.

"Pelanggan lebuh raya dari arah selatan atau Bangi yang ingin ke Kajang dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif dengan keluar dari lebuh raya menggunakan Plaza Tol Bangi atau Plaza Tol UPM," menurut kenyataan tersebut.

Plus turut menasihatkan pengguna lebuh raya supaya merancang perjalanan, menggunakan laluan alternatif serta mematuhi semua papan tanda dan arahan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619