AGENDA

KKM siap siaga, pantau kes Covid-19 dunia naik menjelang musim sejuk

31 Ogos 2020, 4:22 AM
KKM siap siaga, pantau kes Covid-19 dunia naik menjelang musim sejuk

PUTRAJAYA, 31 OGOS: Kementerian Kesihatan (KKM) bersiap siaga menghadapi kemungkinan pertambahan kes Covid-19 dari luar negara dalam tempoh empat bulan akan datang apabila musim sejuk melanda negara-negara yang berkenaan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata walaupun jangkitan di dalam negara masih terkawal, berdasarkan pemantauan kes Covid-19 di negara-negara seperti India, Korea Selatan, Jepun, Sepanyol dan Perancis sekarang menunjukkan peningkatan seiring penurunan suhu di negara-negara terbabit.

"Jadi kebimbangan kita ialah apabila (tiba) musim sejuk, kes akan bertambah dan kita perlu membuat kesiapsiagaan," katanya ketika ditemui Bernama selepas menghadiri sambutan Hari Kebangsaan 2020 di Dataran Pahlawan Negara, di sini hari ini.

Pada masa yang sama, beliau berkata virus Covid-19 didapati bermutasi dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi.

Dr Noor Hisham berkata bagi memastikan penularan terkawal, KKM melaksanakan kaedah kesihatan awam yang menuntut orang ramai mematuhi tatacara operasi piawai, sementara KKM pula bersiap siaga dari segi penyediaan kemudahan.

Katanya kaedah itu juga membantu Malaysia mengenal pasti kluster dengan cepat.

"Bagaimanapun kita masih lagi perlu kerjasama semua rakyat untuk sama-sama memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 di negara ini," katanya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619