AGENDA

Peniaga PKS saran anjur karnival usahawan lebih kerap

30 Ogos 2020, 4:58 AM
Peniaga PKS saran anjur karnival usahawan lebih kerap
Peniaga PKS saran anjur karnival usahawan lebih kerap
Peniaga PKS saran anjur karnival usahawan lebih kerap
Peniaga PKS saran anjur karnival usahawan lebih kerap

CHERAS, 30 OGOS: Peniaga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berharap Kerajaan Negeri dengan kerjasama agensi berkaitan menganjurkan karnival usahawan dari semasa ke semasa untuk mempromosi produk tempatan.

Pengurus Hidayah Cookies, Nurul Hidayah Mohamad Sukri berkata program tersebut mewujud jaringan perniagaan lebih luas sekaligus membantu peniaga yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

[caption id="attachment_434500" align="alignleft" width="291"] Nurul Hidayah Mohamad Sukri[/caption]

"Saya tidak nafikan ramai pembeli membeli secara dalam talian sepanjang PKP namun masih ramai pembeli yang selesa membeli kaedah konvensional sebab mereka dapat merasa dan melihat sendiri produk," katanya.

Pengurus produk makanan bayi Rush Baby Food Trading, Norsyzana Kadir berkata perniagaannya banyak mendapat manfaat daripada program anjuran Kerajaan Negeri dan agensi berkaitan.

[caption id="attachment_434503" align="alignright" width="261"] Norsyzana Kadir[/caption]

"Jabatan Pertanian Selangor dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) banyak membantu ketika saya mula berniaga sejak 2017 sehingga sekarang. Karnival atau program usahawan adalah tempat peniaga seperti kami bertapak serta mengembangkan perniagaan" katanya.

Pengurus Aerofarms Mohamad Asri Salleh berkata pihaknya bertindak sebagai pembekal dan perunding peralatan tanaman hidroponik.

[caption id="attachment_434506" align="alignleft" width="277"] Mohamad Asri Salleh[/caption]

"Jabatan pertanian sering menjemput pihak kami menyertai program usahawan hidroponik dalam usaha menggalakkan masyarakat terutama yang tinggal di bandar mengusahakan tanaman hidroponik," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619