BERITA UTAMA

Kempen agro bandar dipergiat, tanaman moden manfaat kawasan sempit

29 Ogos 2020, 12:22 PM
Kempen agro bandar dipergiat, tanaman moden manfaat kawasan sempit

SERI KEMBANGAN, 29 OGOS: Kempen Agro Bandar Selangor diperhebat dengan memanfaatkan kawasan sempit bagi mengusahakan tanaman hidroponik, kata EXCO pemodenan pertanian dan industri asas tani.

Ir Izham Hashim berkata teknologi moden membantu isi rumah mengurangkan kos sara hidup melalui pengeluaran makanan sendiri tanpa memerlukan tanah atau ruang besar.

"Kepelbagaian kaedah tanaman menggalakkan masyarakat bandar mengusahakan pertanian, jadi tiada tanah bukan lagi isu.

"Hasil yang ditanam juga bebas bahan kimia, berkhasiat, selamat dan segar berbanding di pasaran," katanya selepas menghadiri Program Agro Bandar Selangor di Amerin Mall hari ini.

Ir Izham turut mencadangkan pengusahaan tanaman seperti kailan, cili, tomato, terung dan kangkung yang semakin popular untuk meraih pendapatan.

"Kita minta warga bandar cuba dahulu kerana ramai yang mulanya suka-suka sahaja tetapi bersungguh-sungguh selepas melihat hasil," katanya lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619