PBT

MDKS sita tiga premis, satu gerai warga asing

29 Ogos 2020, 2:28 AM
MDKS sita tiga premis, satu gerai warga asing
MDKS sita tiga premis, satu gerai warga asing

SHAH ALAM, 29 OGOS: Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) menutup dan menyita tiga premis di Tanjung Karang serta sebuah gerai penjaja di Taman Sirambai yang dikendali warga asing tanpa lesen.

Pihak berkuasa tempatan memaklumkan penutupan serta-merta dan sitaan dibuat menerusi operasi bersepadu dijalan anggota penguat kuasa pada 26 Ogos lalu.

"Antara barangan disita adalah seunit peralatan penjaja (khemah, meja kayu dan buah kelapa), 14 unit tong gas dan lapan kampit beras pelbagai jenama.

[caption id="attachment_434345" align="alignnone" width="851"] Penguat kuasa MDKS menyita barangan perniagaan salah sebuah premis yang dikendalikan warga asing dalam operasi bersepadu di Tanjung Karang dan Kuala Selangor pada 26 Ogos 2020. Foto: MDKS[/caption]

"Selain itu, MDKS menyita dua unit kerusi gunting rambut, satu set peralatan gunting rambut, seunit vakum, seunit pemampat udara dan seunit penyembur buih," katanya.

Tindakan dibuat mengikut Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MDKS) 2007 dan Undang-Undang Kecil 42(1) Undang-Undang Kecil Penjaja (MDKS) 2007 serta barang rampasan dibawa ke stor MDKS.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619